
Rumah penjagaan Orang Valley ke-6 di Balestier
SYARIKAT Orange Valley Nursing Homes (OV) membuka rumah penjagaan keenam di Balestier. Terletak di 363 Balestier Road, pusat penjagaan lima tingkat yang dibuka sejak 2 Januari lalu dan diberi nama Pusat Penjagaan Orange Valley (OVCC) itu akan menjadi pusat pertama menawarkan khidmat pemulihan bagi pesakit luar.
